DIET TANPA BERLAPAR dgn SD2

Created by MyFitnessPal - Free Weight Loss Tools

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Friday, February 3, 2012

jangan jadi seperti ketam

ketam walaupun sgt sedap dimakan tapi mempunyai perangai yang amat busuk yg memang xpatut dicontohi...ketam sebenarnya mempunyai sifat dengki yg melampau.

al-kisahnya, di suatu kampung di filipina yang merupakan pusat penangkapan ketam. mereka menangkap ketam pada waktu malam dan menyimpan ketam didalam tong drum tanpa menutup tong itu dgn penutup atau jaring..tetapi tidak ade seekor pn ketam yg berjaya keluar.. ini kerana, apabila seekor ketam cuba utk memanjat dan keluar dari tong itu, akan terdapat ketam laen yg akan menariknya jatuh kembali ke dalam tong.. begitulah yg berlaku menyebabkan tidak ada seekor pn yg berjaya keluar.

demikianlah cerita yg dapat diambil pengajaran : jangan jadi pendengki seperti ketam


dlm hati manusia ada 4 penjara...
  1. jail of hatred- kebencian
  2. jail of greed- ketamakan
  3. jail of jealousy- kedengkian
  4. jail of ignorance- kebodohan
jauhi diri dari 4 penjara ni supaya pintu hati tidak tertutup


-diceduk dr motivasi pagi, IKIM.fm

Wednesday, January 18, 2012

10 wasiat terakhir

pagi tadi dgr kat IKIM.fm dalam rancangan motivasi pagi berkenaan 10 wasiat terakhir Imam Syafie..
sebabkan malas nak type pepanjang, saya google and paste je la ye 
______________________________________________________

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

artikel dari sini
__________________________________________________________________________


diakhir rancangan tu org tu ade bagi satu kata hikmah..hayati la maksudnye k


"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

Monday, October 10, 2011

leadership talk

salam,
arini nk share sket apa yg was presented by my immediate Manager dalam monday buzz arini..
dia story pasal experience  dia mengejar passion ....selama 15 tahun baru die dpt kje apa yg die minat.. so die mmg galakkan kitorg cari our passion and try to pursue it...
sbb thru passion kita akan bertahan walaupun bosses/peer cm haram skali pn.. tp tanpa passion life will be like hell

sori la..simple sharing je..sbb byk kje..

Monday, October 3, 2011

1000 dinar

sempena da masuk bulan baru ni, jom mulakan amalan baru yuk~
jom cuba amalkan ayat 1000 dinar ni everyday =)






“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaaq: 2 -3)
Amalkan ayat ini dengan membaca, menghafal dan memahami pengertian yang tersirat disebaliknya. Gantungkan harapan kepada Allah bukan digantung ayat ini sebagai hiasan dinding di rumah. Dibaca bila jiwa resah, buntu, kesempitan, kegelapan, bila rasa takut ada gangguan ghaib, mengharap penyelesaian buat semua permasalahan duniawi….pasrahkan diri kepadaNya, hanya dia yang dapat membuka jalan keluar untuk kita. Bacalah juga selalu atau jadikan sebagai sebahagian doa/wirid harian….kaifiat yang lain-lain tu rasanya ramai yang dah tahu dan boleh beri penjelasan mendalam.

Thursday, September 15, 2011

Iftar Hidayah Centre + IM Hassan

20 august aritu ada iftar perdana hidayah centre kat putrajaya...
for me, 1st time pegi iftar perdana ni..my family da 2nd time da
apa yg menarik dgn iftar perdana ni?
ada bacaan al-Quran dlm 5 bahasa
rase sebak bila dgr, sbb ade sorg tu saudara baru and he cant read the Quran fluently but he still manage to read loudly infront of hundrends of people with being shy...
teringat diri sniri yg xbace Quran hari2 T___T
korg cmne lak? bace Quran x?
---okeh, end of muhasabah diri---

ada jugak persembahan khas dari kumpulan dari studio muallaf..
campuran melayu,cina and india yg beragama islam
lagu pn harus la dipelbagai bahasakan =)
mari meggedik kejap :P
and ada yg dibawah ini
 IM Hassan jadi imam solat isya' n solat terawih malam tu yaw~


IM hassan yang comel



IM Hassan yang comel lagi

comel kan?? 
oke people, back off now, sy yg minat die dulu :P
haha xde la memain je..
tp die mmg comelkan =)
by da way he's born in 1985, which means die 26tahun...
orang ayer tawar, perak
penah jadi finalist dalam akademi al-quran
eh nk tau lagi sile google laaa
dah2, jangan drooling kat sini..pegi buat kje
p/s: bukan drooling laa..tp menngagumi makhluk ciptaan Allah :P (boleh ke buat alasan cmni?..hahaha)



----------------------------------------------------------------
post pendek n ringkas sbb da malas menaip...draft yg buat sblum ni hilang T_T

Friday, September 9, 2011

LOVE itu CINTA

LOVE
is a very heavy word
with deep meaning
love yg dimaksudkan ialah cinta
rasanya perasaan CINTA aku setakat ni hanya pada
  1. Allah
  2. Rasulallah
  3. Parents
  4. Siblings
  5. Family
Belum ada lagi insan ygtak berkaitan berjaya meraih cinta aku

kalau love in term of sayang..banyak dah
aku syg sume kawan2 aku...xkesah laki pompuan..sume aku sayang
i value our friendship very much
and i love my friends (read: saya sayang kawan2 saya)

tapi cmne kita nk bezakan love pada sorg lelaki..samada tu cinta atau sayang
dah lama aku mencari jawapan bagi soalan ni
tp jawab yg aku dpt almost da same every time which is "u just know it when the time comes"

haih..masalah la jugak bile xtahu menahu dalam bab2 cinta ni
sape ada jawapan bernas bagi soalan tadi sile la share ye =)
and ade sesape nk jadi my Dr Love? hahaha

. : 20 things : .

20 thing u need to know about me
  1. i dont know how to tell people that i'm annoyed by what they did, especially for people that are close to me. and i'm ended up keeping the feelings to my self until i can't take it anymore and kab00m!!
  2. i might be a very fierce person and i can be a very understanding person
  3. i'm unpredictable
  4. i love to eat (obviously...look at me, i'm F.A.T)
  5. i dun cry easily
  6. i hv never liked physics during my school years, and yet i'm doing engineering
  7. i'm a bit self-obsess (suke perasan comel, baik etc..walaupun pada hakikatnya tak)
  8. i'm easily bored with things that i do
  9. easily believe people
  10. easily persuade
  11. might looked sombong for people that dun know me
  12. very frenly with people i'm comfortable with
  13. very caring person
  14. very loyal
  15. motherly like
  16. dun like technical stuff, but unfortunately working in a technical world
  17. just started a business
  18. havent bought a car yet
  19. dun hv a smartphone <--pathetic i know!
  20. dun hv a boifren yet <--even more pathetic right? T_T
there you go, 20 things u need to know about me.. there's a lot more..but u know to find it urself =)


Wednesday, September 7, 2011

akad nikah

setiap lelaki xsaba nk ucap akad nikah..ada yg gementar smp xley tido malam takut tersasul masa akad nikah, ada jugak yg berpeluh2 basah ketiak cuak punya pasal

yg pompuan pulak, xsabar nk dgr kekasih hati lafaz akad nikah...konon nak cuak, padahal bukan die yg nk lafaz pon, dgr pn cuak ke?..haha

mak bapak pengantin pompuan pulak dok sebak2...xtau la sebak sbb sedih nk lepaskan anak yg selama ni dlm jagaan die ke tgn org laen..atau mengangis gembira sbb lepas tanggungjawab utk mendidik anak pompuan..ye la, ade org penah ckp, bela lembu sekandang lebih mudah dari bela (read: jaga) anak pompuan sorg.. mana x nye.. solat tinggal, mak bapak tggung..xtutup aurat pn, mak bapak dpt saham gak..huhu

pape pn meh kite tgk erti sebenar lafaz akan nikah tu

lafaz akad nikah yg biasa:
"Aku terima nikahnya si dia binti ayah dia dengan mas kawinnya Rm...."

maksud akad nikah ni sebenarnya ialah:
"Aku bersedia menanggung dosa2 si dia dari ibubapanya,. Apa saja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya. Aku tanggung dan bukan lagi ibubapa si dia tanggung. Dan aku bersedia menanggung dosa bakal anak2ku, jika gagal maka fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah"

source: facebook kawan2..main source tidak diketahui

takut bukan?

mari evaluate skali lagi
pengantin lelaki: cuak n takot - mungkin sbb da tau besarnya tanggungjawab die selepas ni
pengantin pompuan: cuak n takot - mungkin sbb tau diri die blom sempurna dan takot akan menyumbang dosa kepada org yg die sayang
mak bapak pengantin pompuan: menangis- lega kot, sbb lepas satu tanggungan..dan mungkin juga sedih sbb xboleh nk harap anak tu ikot ckp dieorg semata2..sbb pompuan pas kawen kne ikot ckp laki dulu, selagi laki tu xde suro buat bnde2 yg lari dari agama

huhu...
sesi refleksi diri plak
1) mantap kan ibadah -> solat jgn lewat n bykkan solat sunat
2) tutup aurat bebetul -> lengan pendek is a no-no.... pakai sto-ngan n stokin...inner sbnrnye ketat and boleh nmpk warna kulit, so cari size yg besar supaya xlekap kat badan
3) perbaiki diri secara overall

tetibe teringat ceramah yg dgr masa kt Uni dulu..
lupa da exact word die, tp isi yg nk disampaikan ialah
daripada kita sebok mencari calon pasangan yg hebat2, baik2 dan tinggi agamanya, baik kita perbaiki diri kita dulu..supaya setanding dgn calon yg ingin dicari.. insyaAllah ada calon pasangan yg Allah dah tetapkan utk kita

okeh la...len kali plak, bye2

jangan banyak tanya lagi okeh!!~

Bila ditanya, jawablah cmni

Kenapa lambat kawen?
kerana Allah tahu masa yang terbaek untukku

dah berpunya?
sudah, kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2

siapa?
nanti Allah akan perkenalkan padaku

bila nak kawen?
bila kami dah dipertemukan..insyaAllah, jemput hadir ke walimahku nanti

moral of da story: jangan asek tanya pasal jodoh dan perkahwinan je..sbb semua rahsia tu terletak di tangan Allah..tiba masanya nnt Allah akan pastikan ianya terjadi

source: tidak diketahui asal usul..tp pernah bace di wall sorg kwn skolah


Monday, August 22, 2011

tulang bengkok lah, apa yg xpahamnye?

wanita diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok

dipetik dari sebuah hadith

Ini adalah hadits shahih yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim di masing-masing kitab Shahih mereka, dari Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam. Dari hadith Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa nabi shalallahu ‘alayhi wasallam bersabda,

“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.”
(HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)


jadi lelaki2 diluar sana, layanlah seorg wanita dengan lemah lembut
jangan kasar2 or sentap2 dgn pompuan
igt tau!!

Friday, August 12, 2011

cinta buta

orang kata CINTA itu BUTA

adakah CINTA itu BUTA seperti gambar dibawah?





atau gambar dibawah?




yang pasti pabila berCINTA, seseorg akan sanggup buat apa saja demi CINTA

kalau itu mmg CINTA kepada PENCIPTA..jadi berbaloi lah bergadai nyawa demi CINTA tu

kalau itu CINTA kepada suami, berbaloi lah jugak selagi tak menyalahi hukum2 islam

kalau CINTA kepada boifren, mungkin tidak berbaloi..tak tentu lagi akan kawen kn?




CINTA....CINTA......CINTA

semua org mencari CINTA...
tapi sebelum kita biar diri di CINTAI oleh org yg berlainan jantina
kita perlu lah CINTA diri kita sendiri
tapi yang paling penting cari dulu CINTA ALLAH
CINTA ALLAH takkan menghampakan kita, insyaALLAH


ni blom masuk kisah CINTA MONYET


p/s: weng da buat keje, xlarat nak mencari thermocouple..tetiba teringat pengalaman bercinta dulu..jadi buat muhasabah diri sikit...terasa buang masa dengan pengalamn dulu tu..ish ish ish...

pp/s: hape daa aku merapu ni... tajuk da pelik... isi pulak berterabur..hentam sajalah labu..da tak larat ni