DIET TANPA BERLAPAR dgn SD2

Created by MyFitnessPal - Free Weight Loss Tools

Wednesday, January 18, 2012

10 wasiat terakhir

pagi tadi dgr kat IKIM.fm dalam rancangan motivasi pagi berkenaan 10 wasiat terakhir Imam Syafie..
sebabkan malas nak type pepanjang, saya google and paste je la ye 
______________________________________________________

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

artikel dari sini
__________________________________________________________________________


diakhir rancangan tu org tu ade bagi satu kata hikmah..hayati la maksudnye k


"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

Tuesday, January 17, 2012

kata-kata yg menyesakkan jiwa

it was not the 1st time I heard this
few times already, ever since I've got offered by the company

and I was given only 2 years

but insyaALLAH i'll try my best

whatever it is, always turn back to Him and ask for His help

insyaALLAH
think positive & be positive

-mode merapu2..korg xkan paham-

Friday, January 13, 2012

carrot, telur & biji kopi: yg manakah kita

kisah carrot , telur & biji kopi
yang manakah yg ingin kita jadi?
sebiji carrot, sebiji telur & sebiji kopi..masing2 dimasukkan kedalam sebuah periuk yg berisi air panas..

sebiji carrot yg pada mulanya keras akan bertukar menjadi lembut
sebiji telur yg pada mulanya fragile dan mudah pecah akan masak dan menjadi keras
manakala sebiji kopi yg keras akan mengubah air panas menjadi kehitaman, mengeluarkan bau yg wangi dan menjadikan air itu sedap

pengajaran dari kisah ni:
jgnlah jadi seperti carrot yg tegas pendiriannya tapi keadaan mampu menukarkan pendiriannya
dan jgnlah jadi seperti sebiji telur yg berubah menjadi keras pabila keadaan menghimpit..
tetapi jadilah seperti sebiji kopi yg mampu merubah keadaan sekeliling dan bukannya keadaan sekeliling yg mengubah dirinya

-motivasi harini di ceduk dari rancangan motivasi pagi di IKIM.fm-

hehehe.. moga2 diri kita semua menjadi seperti biji kopi =)