DIET TANPA BERLAPAR dgn SD2

Created by MyFitnessPal - Free Weight Loss Tools

Friday, September 9, 2011

mahu tp ....

saya mahu ini
 



tapi saya sayang nk guna duit simpanan yg xseberapa utk beli

ada sesapa yg baik hati nk belikan

TT______TT

Thursday, September 8, 2011

masa

bila nk ada masa ni?
kalau boleh nak sehari suntuk tanpa ada org kacau
nak belajar cantikkan blog
kelahiran blog baru yg diperkataankan sebelum raya haritu masih blom  tercapai
gara2 tak da masa utk belajar buat
taknak la publish blom yg blom siap
haih..susah btol la bile masa hanya 24 jam je



i wonder

i wonder whether i should be a yogi?

Wednesday, September 7, 2011

akad nikah

setiap lelaki xsaba nk ucap akad nikah..ada yg gementar smp xley tido malam takut tersasul masa akad nikah, ada jugak yg berpeluh2 basah ketiak cuak punya pasal

yg pompuan pulak, xsabar nk dgr kekasih hati lafaz akad nikah...konon nak cuak, padahal bukan die yg nk lafaz pon, dgr pn cuak ke?..haha

mak bapak pengantin pompuan pulak dok sebak2...xtau la sebak sbb sedih nk lepaskan anak yg selama ni dlm jagaan die ke tgn org laen..atau mengangis gembira sbb lepas tanggungjawab utk mendidik anak pompuan..ye la, ade org penah ckp, bela lembu sekandang lebih mudah dari bela (read: jaga) anak pompuan sorg.. mana x nye.. solat tinggal, mak bapak tggung..xtutup aurat pn, mak bapak dpt saham gak..huhu

pape pn meh kite tgk erti sebenar lafaz akan nikah tu

lafaz akad nikah yg biasa:
"Aku terima nikahnya si dia binti ayah dia dengan mas kawinnya Rm...."

maksud akad nikah ni sebenarnya ialah:
"Aku bersedia menanggung dosa2 si dia dari ibubapanya,. Apa saja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya. Aku tanggung dan bukan lagi ibubapa si dia tanggung. Dan aku bersedia menanggung dosa bakal anak2ku, jika gagal maka fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah"

source: facebook kawan2..main source tidak diketahui

takut bukan?

mari evaluate skali lagi
pengantin lelaki: cuak n takot - mungkin sbb da tau besarnya tanggungjawab die selepas ni
pengantin pompuan: cuak n takot - mungkin sbb tau diri die blom sempurna dan takot akan menyumbang dosa kepada org yg die sayang
mak bapak pengantin pompuan: menangis- lega kot, sbb lepas satu tanggungan..dan mungkin juga sedih sbb xboleh nk harap anak tu ikot ckp dieorg semata2..sbb pompuan pas kawen kne ikot ckp laki dulu, selagi laki tu xde suro buat bnde2 yg lari dari agama

huhu...
sesi refleksi diri plak
1) mantap kan ibadah -> solat jgn lewat n bykkan solat sunat
2) tutup aurat bebetul -> lengan pendek is a no-no.... pakai sto-ngan n stokin...inner sbnrnye ketat and boleh nmpk warna kulit, so cari size yg besar supaya xlekap kat badan
3) perbaiki diri secara overall

tetibe teringat ceramah yg dgr masa kt Uni dulu..
lupa da exact word die, tp isi yg nk disampaikan ialah
daripada kita sebok mencari calon pasangan yg hebat2, baik2 dan tinggi agamanya, baik kita perbaiki diri kita dulu..supaya setanding dgn calon yg ingin dicari.. insyaAllah ada calon pasangan yg Allah dah tetapkan utk kita

okeh la...len kali plak, bye2

jangan banyak tanya lagi okeh!!~

Bila ditanya, jawablah cmni

Kenapa lambat kawen?
kerana Allah tahu masa yang terbaek untukku

dah berpunya?
sudah, kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2

siapa?
nanti Allah akan perkenalkan padaku

bila nak kawen?
bila kami dah dipertemukan..insyaAllah, jemput hadir ke walimahku nanti

moral of da story: jangan asek tanya pasal jodoh dan perkahwinan je..sbb semua rahsia tu terletak di tangan Allah..tiba masanya nnt Allah akan pastikan ianya terjadi

source: tidak diketahui asal usul..tp pernah bace di wall sorg kwn skolah


Tuesday, September 6, 2011

pot pet pot pet

ni yg bosan bile sorg je pompuan kat unit ni
xdek geng nk sembang la.. bosan habis da ni




Kuota untuk bercakap bagi seorang Lelaki ialah 7,000 perkataan sehari
Kuota bercakap bagi seorang Wanita untuk sehari pula ialah 20,000-25,0000 patah perkataan

jadi jgn heran la kalau pompuan byk bercakap berbnding lelaki
tapi masalah aku skrg ni, aku xbercakap sgt kat ofis..so cmne nak habis kan kuota ni?
tu kot sebab sampai ke mimpi pn aku ngigau..hakhakhak..

tapi terjumpe plak artikel nidari sini

Banyak Bercakap Serlah Kelemahan
 
Banyak Bercakap Serlah Kelemahan


SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata
tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.

Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya,
sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam
neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat
at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika)
dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat
at-Tirmizi)

Pesan Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah
kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa
yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah,
seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang
percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut
sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri.

Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau
tidak, hendaklah diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu
sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang
memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain.

Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih
baik berdiam diri saja.

Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan
seseorang ke dalam syurga.

Jawab Baginda: “Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak.”

Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam
neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.”

Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada
memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal
yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan
melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya
kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.”
(Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya).

Ibnu Abid-Dunya meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak akan
lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan
lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan
masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan
yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah.

Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredai-Nya.


so macam mna? nak kne habiskan kuota..tapi kalau ckp byk2 takot terserlah kelemahan..so how?


p/s: tgh google2 terjumpe quote ni..so cm rase nk share
Ketika tidur, 70% aktiviti otak seorang Lelaki akan berhenti berehat.
Manakala 90% aktiviti otak Wanita masih bekerja ketika tidur. Hikmahnya, wanita lebih peka walaupun semasa tidur, dan mereka boleh mengesan kalau bayinya menangis & etc